Sunday, August 15, 2010

Doa Harian Ramadhan ~ 5

Salam...
Ramadhan memasuki hari ke-5. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya aku masih mampu menghembuskan nafas ku, menikmati setiap ruang dalam hidupku... Aku bersyukur dengan segala pemberian-Nya sepenuh hati ku... Keluarga ku, saudara-mara ku, sahabat-sahabat ku, guru-guru ku, rakan-rakan blogger ku... Aku SAYANG kamu semua!
Tiada siapa yang tahu bila akan tamatnya riwayat hidup masing-masing. Selagi bernyawa, selagi terdaya, jalani lah ia sepenuh hati mu. Jangan terlalu mengejar keseronokan duniawi, beringat juga akan tanggungjawab rohani. Sentiasa ingat yang Maha Pencipta. Berdoalah kepada-Nya sentiasa. Dengan hati yang ikhlas, insyaAllah akan didengar oleh-Nya...
Doa Hari Ke-5

"Ya Allah... Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara auliya'-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, wahai dzat yang Maha Pengasih di antara semua pengasih."
Amin...


Ciao: Al Fatihah untuk arwah Siti Nur Izzah @ Zaza...

2 comments:

tengkorakemas said...

ye..bersyukur selagi kita boleh bersyukur..nikmat Allah kadang dalam pelbagai bentuk yg tidak kita sedari..

Ciao Annin said...

Mengucap panjang melihat pelbagai dugaan yang menimpa. Berdoa agar dijauhkan dari segala perkara yang tidak diingini.

Yup. Sekecil mana pun nikmat itu, bersyukurlah...