Monday, August 2, 2010

Moments of Happee-ness! I'm so lovin' it!

Salam semua!

Dua hari aku x 'pulang' ke laman blogger nih. Weekend ku telah dipenuhi aktiviti hehe... Bercerita tentang aktiviti, hari Sabtu yang lepas, perancangan ku untuk mengadakan reunion dengan rakan-rakan seperjuangan sewaktu di HM dulu telah pun berjaya dilaksanakan! Semuanya bermula lepas aku meluahkan rasa yang terbuku di hati mengimbau kenangan-kenangan kitorang bersama. X sangka jadi realiti! :) *Kagum!*

Walaupun x semua, tapi cukup meriah, cukup kecoh, cukup happening! Masing-masing langsung x berubah! Oh aku suka!!! Cadangan program pada mulanya berkumpul jam 10-11 pagi dekat Mid Valley. Tapi atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan, masing-masing sampai pukul 11 ke atas. Cuma kesian kat Che Zul. Dia je yang datang awal. Terpaksa lah beliau menunggu kitorang semua... Sorry ye Zul!

Setelah hampir 11.30 pagi, akhirnya berkumpul jua! Sorang-sorang sampai. Aku, Che Fuza, Che Fieda, Che Jazy, Che Zaki dengan Che Zul. Cuma Che Mior dengan Che Nafiz lambat sikit sebab Che Mior kena kerja. Che Nafiz pulak berkejar-kejar datang dari Penang! Sanggup kao turun jauh-jauh demi kitorang eh? Hehe! Makasih Nafiz!!!



Aktiviti mula-mula mestilah makan! Ye lah, dah tengahari kot! Masing-masing pun dah lapar. Time ni lah, masing-masing bukak cerita.Gelak-gelak memang x hengat! Dah lama sangat kitorang x jumpa lepak sama-sama dekat food court Mid Valley nih! Dulu, situ lah port kitorang. Lagi satu port terbaek, dekat kedai mamak Al Esfan! Memang best! Dekat LG pun ye jugak! Haha! Cerita punya cerita, Che Mior dengan Che Nafiz pun sampai... Lagi lah havoc! Sebab Che Nafiz dulu 'tukang karut' kitorang! Dia memang sempoi habis! Kelakar gile kot mamat nih! Haha! Che Mior pulak masih sama. Masih maintain. Ape lagi? Bukak cerita pasal HM lah mwahahaha!!!




Lepas lunch, kitorang terus melangkah ke Cosmic Bowl. Main se-round je sebab ramai orang. Se-round pun, luka-luka jugaklah ibu jari kitorang sebab dah lama sangat x main hehe! Dalam dok seronok sakan tu, tiba-tiba kitorang dikejutkan dengan berita gumbira! Abang Long Asnor nak datang!!! Huiyooo! ~ Lagi hebat! X lama lepas tu Abang Long Asnor pun sampai... Bukan dia sorang je tau. Dia angkut sekali wife dengan anak dia! Comel gile!!! Dia pun join main jugak, ganti tempat Che Jazy sebab Che Jazy ade dating dengan kawan baru dia ehehe!


Habis se-round, kitorang gerak ke Food Gardens, The Gardens. Sebabnye, kat situ x ramai orang. Tempat pun best! Maka bersambunglah aktiviti borak-borak, gelak-gelak, makan-makan! Wah! Keseronokan melanda! Weeheeeee!!! ~ Tapi sedih, sebab Abang Long Asnor kena balik awal... Huhu... Terima kaseh Abang Long!!! :) Bye bye Baby Arisa!!! ~ :'(


Selesai makan, kitorang pun bersalam-salaman untuk berpisah. Masing-masing sedih tapi cukup gembira!!! Perancangan sekian lama, yang asyik dok postponed manjang, akhirnya... menjadi jua!!! Planning untuk akan datang nih, insyaAllah, Reunion Ramadhan! So guys, bersiap sedia ye! Hehe! Kalau ade rezeki, kita konvoi Reunion Raya pulak! :)

Che Umi, Che Sue & Che Nana! Korang semua dalam senarai wajib ye! Lagi ramai lagi meriah kan? Harus!!! Mwahahaha! ~

Ciao: Ingat x dulu kita konvoi raya ramai-ramai naik public transport? Jalan kaki jauh gile! Haha!

4 comments:

tengkorakemas said...

memang best dapat kumpul ramai2, che mior takpe lambat, dia expert tukar baju dlm kete he

Ciao Annin said...

Wah! Ingat awak ye dengan Che Mior? Haha!!! Tapi kali nih dia dah tukar siap2 dekat opis :D

umi said...

anem. next time aku wajib join okeh. aku sgt sedey x dapat join kelmarin. kat bentung jam gila. sampai kat tersang dah lewat. nak patah balik lagi mmg amek masa. hujan lebat x ley speed. aku kesedihan. hubby pujuk2 next time plan awai2 hihi. dia rushing dgn harapan aku ley join. tp apakan daya dekat kul 6 smp kl. mmg muncung panjang la molotku ini kesedihan...

Ciao Annin said...

@umi:

Yessu! Umi-tan HARUS join! Kitorang pun berharap jugak Umi-tan sempat sampai huhu... Tapi tu lah, kalo nak plan awal2, takut x jadi sebab selalu akan jadi camtu. Xpe, untuk reunion Ramadhan nih, maybe tengah2 puasa ke hujung bulan Ramadhan lah, awal2 ramai yg x boleh.