Friday, August 20, 2010

Doa Harian Ramadhan ~ 10

Salam...
A beautiful Friday! Alhamdulillah... Masih dikurniakan kesihatan yang baik. Korang pulak macam mana? Bangun sahur x pagi tadi? Aku nyaris-nyaris x bangun haha! Seb baik mama ku kejutkan. Selalu bangun sendiri je, tapi maybe sebab aku ngantuk sangat... Tu yang bunyi alarm kat handphone pun laju je aku off-kan. *Hahahampeh lah aku nih!*
Ramadhan dah pun masuk hari yang ke-10. Cepat je kan? Minggu-minggu seterusnya pun aku yakin, masa cepat je akan berlari sejauh-jauhnya! Pandai-pandai lah macam mana nak kejar... Maksud aku, pandai-pandai lah kita menguruskan masa. Takut nanti ada yang x terkejar. Eh, masa itu kan emas? X mampu tau nak beli kalau kita dah sia-siakan macam tu aje ok? :)
Semoga hari Jumaat hari ni memberi seribu makna. Semoga ibadah kita diberkati dan diterima oleh-Nya, InsyaAllah, amin...
Doa Hari Ke-10
"Ya Allah, jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisi-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan ihsan-Mu, wahai Tujuan orang-orang yang memohon."
Amin...
Ciao: Jangan lupa sedekahkan senyuman :)

6 comments:

ain shalalala said...

camat berpuasa..bersama2 kita mengejar pahala berlipat ganda di bulan yg penuh barokah ini :)

Ciao Annin said...

Salam Ramadhan juga! :)

InsyaAllah, bersama-sama lah kita. Semoga segala ibadah kita diterima...

Follow kamu ya! :D

tengkorakemas said...

Amin..yup, pejam celik pejam celik nanti dah raya :D

Ciao Annin said...

@tengkorakemas:

Kan? Kan? Bukak mata je esok dah raya! Hahaha!!!

tengkorakemas said...

hehe selamat hari raya!

p/s:kak dah baca entri kie-yu pasal ibu kak Azura Rahman?sama2 kita doakan moga ibunya cepat sembuh..

Ciao Annin said...

@tengkorakemas:

Weh... Lambat lagi lah... Nanti-nanti kita Selamat Hari Raya ye! ;D

Baru dapat cari blog kie-yu ngan Azura Rahman. Jumpa jugak akhirnya! Dah buat entri khas untuk disebarkan dengan yang lain.

Semoga ibunda beliau cepat-cepat sembuh...