Thursday, August 26, 2010

Doa Harian Ramadhan ~ 16

Salam...
"Hari ini hari Khamis, senyum manis-manis!" Wah! Lama gile aku x dengar pantun ni yang selalu DJ Zainal, Selangor FM sebut-sebut bila tiba je hari Khamis hehe! Tapi dah lama aku x dengar Selangor FM semenjak aku keluar rumah pepagi buta hehe! (Best pe dengar orang berpantun kan? :D)
Pagi Khamis nih, ayuh kita bersemangat sikit. Bukan takat pagi je, kekalkan momentum sehingga ke petang ok? Ikhlaskan diri dalam segala perbuatan, dalam melaksanakan segala tanggungjawab. Semoga ianya diberkati dan diterima Allah swt, insyaAllah... Nikmatilah hari yang penuh rahmat dengan senang hati. Jangan lupa, panjatkanlah kesyukuran kepada-Nya atas segala kurniaan yang telah diturunkan kepada kita semua.
Selamat meneruskan ibadah puasa dengan penuh sabar :)
Doa Hari Ke-16
"Ya Allah, berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu wahai Tuhan seru sekalian alam."
Amin...
Ciao: Have a wonderful day! :D

4 comments:

tengkorakemas said...

nak berpantun gak..

"hari ini hari khamis,

hope tak panas"

ok tak?:p

Ciao Annin said...

Oit! Lari ritma lah! Hahahahaha!!! Pelik gile bunyi.

Kalau "Makan apam inti nanas, hope tak panas" tu ok jugak walaupun agak kelakar haha!

tengkorakemas said...

hehe eh ada ke apam inti nanas?he

selamat berbuka puasa!

Ciao Annin said...

Ade lah tapi x sure nama dia apam ke apa haha!

Selamat bersahur pagi nanti :)