Salam :)
Pagi Isnin menjelma kembali. Aku rasa ramai yang mengambil cuti hari ini memandangkan esok cuti umum sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. X kurang jugak yang terus menjalankan tugas seperti hari-hari biasa.
Hari nih juga genap hari yang ke-20 kita berpuasa. Di hujung-hujung Ramadhan nih, eloklah kita pertingkatkan lagi amal ibadah kita. Berdoa memanjatkan kesyukuran kepada-Nya. Memohon agar hidup kita lebih diberkati. Diharap dapatlah kita menjalani hidup dengan penuh ketenangan, insyaAllah.
Doa Hari Ke-20
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ
"Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga Dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran, wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min."
Amin...
Ciao: Enjoy the precious moments in your life wisely, while you still can :)
4 comments:
amin..bacalah al-Quran, fahami, amal dan sampaikan
InsyaAllah... Patut diamalkan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Tapi jangan pulak ditinggalkan selepas tamatnya bulan puasa :)
betul tu he3
Seronok dapat baca al-Quran. Dapat tenangkan hati kalau hati tengah berduka nestapa.
Lagi indah kalau dapat memahami setiap ayat.
Post a Comment