Salam :)
Hari nih hari yang konpius buat aku. Dari pagi aku asyik kata hari nih hari Khamis. Xpelah, walaupun konpius, tetap menjadi hari yang ceria. Duduk je depan komputer, terpandang sesuatu yang membuatkan aku tersenyum lebar. Nak tau apa yang membuatkan aku tersenyum tu? Hehe... Ianya adalah sekeping gambar budak kecik (anak orang Korea) yang saaaaaaangat comel!!! Dengan muka x bersalah, muka selamba, tapi cukup kuat untuk membuat orang tersenyum dan tertawa! (Dah buat eksperimen dekat 5 orang. Semuanya berjaya!)
Seronok kan tengok anak-anak kecil nih. Semua masih bersih, masih suci bak kain putih. Jika dididik dengan baik dan sempurna, insyaAllah, akan jadilah mereka anak-anak yang soleh juga solehah. Terpulang kepada mak dan ayah bagaimana cara mereka ingin membesarkan anak masing-masing. Jika dijaga, dididik, diawasi dengan sepenuh perhatian, maka baiklah keputusannya.
Untuk anak-anak (aku juga!), bila dah dewasa nih, jagalah ibu bapa kita dengan baik, dengan penuh kasih sayang. Jagalah hati mereka, yang paling penting jangan sesekali menyakiti perasaan mereka. Ingatlah betapa besarnya pengorbanan mereka menjaga dan membesarkan kita. Sampai bila pun kita x mampu untuk membalas sepenuhnya. Semoga kita tidak digolongkan dengan orang-orang yang melupakan tanggungjawab tehadap ibu bapa dan juga keluarga, insyaAllah...
Doa Hari Ke-15
"Ya Allah, berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut."
Amin...
Ciao: Tiba-tiba daku terasa sayu...
6 comments:
memang tenang tengok bayi dan kerenah mereka, comel je tengok hehe
kenapala masih ada yg sanggup buang..nanti nak sangat pula..
Kan? Seronok tengok. Happee je rasa :)
Betul2! Dorang belum rasa lagi keadaan macam tu... Tunggu lah satu hari nanti... Mintak lah camne pun, sampai bila pun xkan dapat.. Aish...
waktu tu memang menyesal tak sudah..tak kisahla buang atau gugurkan, sama je..membunuh..huhu
Nak menyesal pun xde guna dah... Nape lah nak bunuh baby tu? Xde salah pe pun.
Ish ish... Nak kata x belajar, pergi jugak sekolah. Tapi nak wat camne, kat sekolah pun macam x belajar je huhu...
belajar sebab kena belajar kat sekolah, bukan nak belajar sebab nak ilmu huhu
Betul2. Pergi sekolah sebab KENA pergi sekolah. Niat nak belajar memang x wujud. Tu sebab macam-macam jadi kan...
Post a Comment