Salam di malam hari :)
Hari nih agak memenatkan. Eh bukan agak, memang gile punya penat kot! Aku bertugas luar pejabat hari nih di Mid Valley. Jaga booth sempena Malaysia International Travel Mart (MITM) 2010. Sorry pasal kesilapan teknikal di komen entri lepas. Haha!
Tadi balik dalam pukul 5. Jalan-jalan sampai ke komuter... Tu diaaaa ~ Orang beratur panjang gile! Hadooiii... Macam mana aku nak balik? Nak naik bas sah-sah jem gile! Xpe lah, aku pun sambung lah barisan orang beratur tu. Dua-dua platform penuh! Tren yang first memang dah macam tin sardin padat kuasa 8! X dapat nak masuk dah! Aku pun tunggu lah tren yang seterusnya. Selang 7 minit, tren yang second datang... Alamak! Tren kepala rata lah pulak! Ah, hentam je lah! Tolak-tolak x hengat! Nyampah weh! Karang kalau x masuk, sampai bila nak terpacak kat stesen Mid Valley?
Akhirnya berjaya memboloskan diri dengan jayanya! Namun... Aku benci keadaan dalam tren tu. Memang rapat gile! Xde ruang langsung nak bergerak!!! Alhamdulillah kejadian yang x diingini tidak berlaku. Takut jugak weh! Terpaksa masuk coach campuran sebab middle coach penuh, kalah sardin! Dah macam mackerel sumbat 10 ekor dalam tin! Tawakkal saje huhu ~
Dalam tren aku masih berkira-kira sama ada nak naik bas atau tidak. Kalau naik bas karang jem! So, aku tukar plan. Lebih baik aku naik terus sampai Putra then patah balik. Eh nanti kejap! Sanggup ke aku nak duduk dalam tren tu dalam keadaan macam tu sampai Putra? Oh no!!!! Tidak sama sekali! Baik turun kat KL Sentral, amik tren ke Putra arah Batu Caves. Hai!!! Kimashita yo~n!!!
Sampai KL Sentral, terpaksalah aku 'bermain ragbi' menongkah arus orang-orang yang x mahu ketepi bagi laluan untuk penumpang yang nak keluar. Penat weh! Siot saja mereka-mereka itu! Akhirnya berjaya keluar! Terus aku ke platform sebelah. Nasib ku baik, x sampai 15 minit, tren sampai... Ramai yang turun, so boleh lah semua naik :D Sampai dekat Putra, melangkah lah menaiki tangga. Jejak kaki x sampai 10 minit, tren ke Klang sampai! Alhamdulillah! ~ Sangat-sangat bersyukur! Seat pun banyak kosong. ALHAMDULILLAH ~ :)
Sesampai di Klang, hujan renyai. Alamak... X ada payung... Nampak kereta abah aku agak jauh. Ah, redah aje lah! Yeay! Main hujan!!! *Kegilaan* Aku berbuka dengan abah ku, minum air je dulu hehe...
Sampai je kat rumah... Yeay lagi! Semua ade!!! Cukup korum lah!!! Seronok gile aku!!! At last, penuh jugak kerusi kat meja makan tu kali nih. Dah lama gile kitorang x kumpul makan sama-sama... Oh rindunya! ~
Source: Google pic ~ Headache ~
Selesai semuanya, tiba-tiba kepala aku sakit. Ni lah akibat bemain hujan ya adik-adik! *Jangan tiru aksi ini di rumah* Aduuuuhhh... Kepala macam ditekan-tekan. Harus berehat nih... Nampaknya plan aku nak berkongsi cerita berkenaan MITM 2010 malam nih x dapat lah aku laksanakan... Takut x ade idea nak edit gambar. Yelah, mata pun dah blur je nih...
InsyaAllah, esok akan aku kongsikan apa yang menarik sepanjang hari aku di MITM 2010 hari nih ya? :D Honto ni gomen nasai!
Have a great night everyone! Chills and smiles as always! :)
Ciao: Mata dah nak tertutup nih. Beransur dulu! Ja, ashita ne minna!
9 comments:
alahai... sian akak penat.. esok boleh la bantai tidur.. ehehe
sakit kepala.....kesian;-)
follow ur blog!;-P
@Miss Izah:
Bantai? Ganti tido boley? Haha!
@SANDRA AZWAN:
Hehe.. Yup! Sakit kepala saya huhu ~
Oh thanks!!!! :D
memang bile nak keluar, org yg nak masuk tak paham bahasa sibuk nak masuk..bgla owg keluar komuter dulu huhu
sensei (cikgu pompuan sensei gak?) murid dah datang ni hehe
so ape honto ni gomen nasai?ashita ne minna?
@tengkorakemas:
Saya x rasa sesetengah yang macam tu akan berubah huhu ~ Kalau masing-masing asyik nak berebut, benda yang senang tu pun jadi susah.
Hai. 'Sensei' is applied for both male and female teacher.
Wah! Awal pulak murid ku sampai hari nih! XD
'Honto ni gomen nasai' = I'm really sorry! (Proper way ~ formal)
'Ashita ne minna' = See you guys tomorrow!
~ 'Honto' = Really/Truly
~ 'Minna' = Everyone
'Mata ashita' sama jugak makna dengan 'Ashita ne'. Beza cuma lebih formal.
'Hasrul-kun, Nihon-go o benkyou ganbatte ne!'
Agak-agak apa makna dia? :D
hmm...belajar jepun, berusaha! betul ke?hehe
kalau salah..honto ni gomen nasai, sensei :D
@tengkorakemas:
Boleh diterima! :D So far dah boleh faham kan? Good ~
'Good luck in learning Japanese language!' :)
X salah pun. Cuma kita x translate sebijik macam yang asal sebab struktur bahasa Jepun memang terbalik.
arigatou gozaimas :D
@tengkorakemas:
Iie, do itashimashite! :)
Post a Comment