Monday, August 9, 2010

Resident Evil : Afterlife 2010!

Weehoooo! ~ Selepas Resident Evil : Extinction, siri Resident Evil akan mengeluarkan edisinya yang ke-4 'Resident Evil : Afterlife 3D' pada September 2010 yang akan datang! Hoh! Gile excited! Daifan siri Resident Evil nih! Haha!


Source: Google pic ~ Resident Evil : Afterlife 3D ~


Untuk edisi kali nih, Alice mencari mana-mana survivor yang masih terselamat daripada T-virus dekat bandar Los Angeles. Alice akan berhadapan dengan si antagonis, Albert Wesker. Beberapa watak lain jugak akan keluar dalam movie kali nih. Hmmm... menarik jugak! X sabar nih! Macam lama pulak nak tunggu hehe!

Sepanjang mengikuti siri best nih, dari Resident Evil ke Resident Evil : Apocalypse seterusnya Resident Evil : Extinction, aku paling suka tengok Resident Evil : Apocalypse! X tau kenapa. Tengok banyak kali pun layan je hehe! Mungkin sebab aku suka tengok time Alice lawan dengan Nemesis masa ending. Sedih weh masa Alice dapat tau yang Nemesis tu kawan dia (Matt Addison) :'(


Source: Google pic ~ Resident Evil : Apocalypse ~

Apapun, aku sangat-sangat teruja menunggu keluarnya Resident Evil : Afterlife 3D nih! Harap ia akan memberi impak berpanjangan hehe! 'A fifth Resident Evil film would be possible'! ~ Yeehaaa!!! :D

Ciao: X berani nak main game Resident Evil. Asyik terperanjat je! Malas haku! Hahaha!!!

2 comments:

tengkorakemas said...

hehe saya ada 3in1 cite resident evil ni, tak sabar tunggu yg baru!

saya suka extinction, sebab time tu alice mcm dah ada superpower

Ciao Annin said...

Tiga-tiga pun ada, tapi asing2 Haha!

Ha ah. Tapi saya baru tengok Extinction 2x. Kene tengok lagi lah before Afterlife 3D keluar! Weehee ~